9/7/09
Masuk dan Keluar
8/2/09
Gunung dan Lalat
7/31/09
Antara Hikmat dan Ilmu
7/28/09
Hikmah

4/20/09
Takdir

Maksud takdir ialah peraturan tertentu yang telah dibuat oleh Allah untuk segala yang ada di muka bumi ini. Peraturan tersebut ialah undang-undang umum ataupun ketentuan-ketentuan yang diikat dengan sebab dan musabbab.
Menurut Imam Nawawi, ketika memberikan definisi takdir "…segala yang ada dalam alam ini sudahpun digariskan sejak masa qidam terdahulu. Allah mengetahui apa sahaja yang terjadi dan bila terjadi bersesuaian dengan garis yang ditetapkannya. Apa yang berlaku kemudiannya akan pasti sama dan selari dari segi sifat-sifat dan keadaan yang khusus tepat seperti yang telah digariskan oleh Allah"
Qada' dan Qadar

Abu Hurairah apabila setiap kali ditanya orang mengenai perkara-perkara pelik dalam persoalan takdir beliau menjawab "…itu adalah satu jalan yang gelap, maka jangan kamu tempuhi"
Jika beliau dipaksa juga menjelaskan persoalan yang pelik dalam masalah takdir ini maka beliau menjawab "…itu adalah suatu lautan yang amat dalam, maka jangan kamu terjun ke dalamnya"
Jika beliau dipaksa juga menjelaskan persoalan tersebut, maka beliau menjawab "…itu adalah rahsia yang dimiliki Allah, jangan kamu cuba menyingkapnya".
2/4/09
Tuntutan Untuk Belajar

Allah s.w.t. berfirman dalam surah al-Taubah ayat 122 yang bermaksud:
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:"Mengapa tidak ada sekelompok pun dari setiap golongan mereka itu, yang berangkat untuk menambah ilmu pengetahuan agama."
"Barangsiapa menempuh suatu jalan untuk menuntut ilmu pengetahuan, maka Allah s.w.t. akan melorongkan baginya ke syurga."Abu Darda' ada berkata:
"Menuntut ilmu adalah wajib di atas setiap orang muslim"
"Sekiranya saya dapat mempelajari sesuatu masalah, itu adalah lebih saya cintai daripada saya bangun beribadat sepanjang malam."
"Orang yang alim dan orang yang menuntut ilmu itu adalah dua orang yang berkongsi dalam kebaikan. Sementara selain daripada keduanya adalah sia-sia, tiada berguna sama sekali."
Fatah al-Maushili pernah berkata:
"Bukankah si pesakit itu bila tidak diberikan makan dan minum ubat. Maka ia akan mati! Orang ramai menjawab: Benar kata engkau: Demikian pulalah sifatnya hati, sekiranya ia tidak diberikan hikmat dan ilmu pengetahuan selama tiga hari, maka ia akan mati."Berkata Ibn Mas'ud:
"Hendaklah kamu mencari ilmu pengetahuan sebelum ia terangkat. Dan terangkatnya ilmu pengetahuan itu dengan kematian ahli-ahlinya. Seseorang kamu tiada dilahirkan sebagai orang yang sudah pandai. jadi ilmu pengetahuan itu akan dicapai hanya dengan belajar."
Kesempurnaan Ibadah

Daripada hasil pengetahuan ini dengan Allah Taala dan bersungguh-sungguh ia hingga belajar barang yang wajib akan dia daripada segala furud syar'iyyah pada zahir dan batin (maka tatkala) sempurnalah ia ilmu dan pengetahuan dengan segala fardhu dan bangkit ia sanya hendak mengambil di dalam ibadat dan membimbangkan dengan dia maka ditilik maka tiba-tiba adalah ia mempunyai jenayah yakni luka dan dosa dan inilah hasil kebanyakan daripada manusia (maka berkata ia) betapa aku berhadap atas ibadat dan aku orang yang mengekalkan atas maksiat lagi berlumur-lumur dengan dia maka wajib pertama-tama atasku bahawa aku taubat kepadanya supaya diampun bagitu dosaku dan dilepaskan daku daripada tawanannya dan menyucikan daku daripada segala yang kotor maka ketika itu patut bagi khidmat dan dapat hampir bagi hamparan Allah
Huraian,
Ia sedar bahawa, keinginannya cukup melangit tinggi untuk melaksanakan ibadat kepada Tuhan Pengurnia segala nikmat. Akan tetapi keterbatasan dan kekurangan ilmu pengetahuan bagaimana untuk beribadat menjadi penghalang untuk ia meneruskan keinginannya itu.
Iaitu untuk beribadat dan apa yang dituntut oleh Allah s.w.t. untuk dilaksanakan samada tuntutan dari aspek zahir ataupun tuntutan dari aspek batin.
Dengan itu ia dengan penuh keinsafan ia menyedari dan mengambil keputusan untuk belajar apa yang diwajibkan dan dituntut ke atasnya.
Yang terdiri daripada beberapa tuntutan yang ditetapkan syarak. Sama ada yang zahir dan yang batinnya.
Maka ia pun bersungguh-sungguh beramal dan bersungguh-sungguh beribadat dengan apa yang telah dipelajarinya.
Maka barulah bermutu ibadah dan akan hampir ia kepada Tuhannya.Ketika aku bersungguh-sungguh dan tekun beribadah, aku masih lagi bermaksiat dan bergelumang dengan najis dosa.
Maka aku patut bertaubat kepada Allah Pengurnia segala nikmat.
Supaya aku diampun dosa-dosaku. Supaya dilepaskan aku dari ikatan nodaku. Supaya disucikan aku dari kotoran dosaku.