11/27/08

Masjid Madinah


Inilah pemandangan masjid Nabawi Madinah.

Terasa nyaman.

Biarpun baru menatap gambar. Apatah lagi bila berada di sana.

11/20/08

Dasar Utama


Masjid adalah salah satu persoalan yang penting dalam sistem kemasyarakatan Islam.

Maka memperkatakan tentangnya tiada yang terlebih elok melainkan disandarkan kepada dua dasar ini.

Iaitu al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w.

Lebih terjamin kebertanggungjawabannya.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Telah aku tinggalkan kepadamu perkara yang apabila kamu berpegang teguh kepadanya, kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu kitab (al-Quran) dan sunnah rasulNya"

11/19/08

Perubahan


Dunia telah berubah.

Asalnya masjid dipenuhi semua orang. Tidak kira tua dan muda.

Hari ini sekiranya ada seorang pemuda yang tidak sengaja bertandang ke masjid, sungguh-sungguh orang akan memberi perhatian kepadanya.

Entah kenapa.

Mungkin banyak masjid hari ini hanya dimakmurkan oleh kebanyakan orang-orang yang sudah pencen.

11/4/08

Tempat Aktiviti Kehidupan


Masjid bukan hanya tempat bersolat, berzikir dan bertasbih.

Malah lebih daripada itu.

Dalam satu hadis Rasulullah s.a.w. ada bersabda yang bermaksud:

"Telah dijadikan untukku (dan juga umatku) bumi sebagai masjid dan juga kemudahan untuk penyucian diri."

Perkataan bumi dalam maksud hadis di atas menggambarkan masjid sebagai tempat beraktiviti manusia yang bercerminkan ketaatan dan kepatuhan kepada Allah s.w.t

10/31/08

Makna Masjid



Asal perkataan masjid daripada bahasa Arab. Membawa pengertian tempat untuk bersujud.

Satu perkataan yang disebut sebanyak dua puluh lapan kali dalam al-Quran.

Bila sujud, tidak boleh dengan dahi sahaja. Kena letak di lantai bersama dua tapak tangan, dua lutut dan dua kaki.

Sujud membawa arti patuh, tunduk, taat dan hormat kepada Allah s.w.t. Bermaksud masjid sebagai jantung umat Islam untuk melestarikan ketaatan kepada Allah s.w.t. dalam segenap aspek kehidupan. Dalam surah al-Jin ayat 18 Allah berfirman yang bermaksud

"Dan bahawa sesungguhnya masjid-masjid itu untuk (ibadat kepada) Allah semata-mata; maka janganlah kamu seru dan sembah sesiapa pun bersama-sama Allah"

8/13/08

Yap


Tahniah Yap.

Student Moral & Ethics saya yang umur macam bapa saya sudah berkonvo di MMU.

Dia ada pernah kata:

"pengajaran moral banyak diperolehi bila bergaul dan berinteraksi dengan orang"

Bekas pengetua sekolah tetapi masih berminat dengan undang-undang. Belajar-mengajar-belajar...

7/29/08

Kemerduan Bacaan Al-Quran

Al-Quran sudah diwahyukan lebih dari 1400 tahun yang lalu. Biarpun sudah dibaca oleh betapa ramai manusia , namun tidak jemu-jemu orang membaca dan mendengar bacaannya.

Makin lama makin sedap. Itulah mukjizat.

Membaca dan mendengar bacaan al-Quran boleh membuatkan iman orang mukminin bertambah.

Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Anfal (8) ayat 2 yang bermaksud " Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu ialah mereka yang apabila disebut nama Allah gementerlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah."

Terima kasih pada Dr Ahmad bagi link ini. Ada bacaan
daripada

Sheikh Budair
Sheikh Maahir

3/3/08

Bismillah

Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim blog ini dimulakan. Semoga ianya bermanfaat untuk diri dan semua. Semoga ia menjadi tempat untuk belajar bertatih menulis. Yakni dalam ertikata tulisan yang baik dan tidak 'melukakan'.

Bukan mudah untuk menulis. Setiap perkataan yang dipilih perlu diperkirakan kerana ditakuti ia memudaratkan.

Apa yang pasti apa yang ditulis ianya mesti dipertanggungjawabkan.