2/4/09

Tuntutan Untuk Belajar


Allah s.w.t. berfirman dalam surah al-Taubah ayat 122 yang bermaksud:
"Mengapa tidak ada sekelompok pun dari setiap golongan mereka itu, yang berangkat untuk menambah ilmu pengetahuan agama."
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
"Barangsiapa menempuh suatu jalan untuk menuntut ilmu pengetahuan, maka Allah s.w.t. akan melorongkan baginya ke syurga."

"Menuntut ilmu adalah wajib di atas setiap orang muslim"
Abu Darda' ada berkata:
"Sekiranya saya dapat mempelajari sesuatu masalah, itu adalah lebih saya cintai daripada saya bangun beribadat sepanjang malam."
"Orang yang alim dan orang yang menuntut ilmu itu adalah dua orang yang berkongsi dalam kebaikan. Sementara selain daripada keduanya adalah sia-sia, tiada berguna sama sekali."

Fatah al-Maushili pernah berkata:
"Bukankah si pesakit itu bila tidak diberikan makan dan minum ubat. Maka ia akan mati! Orang ramai menjawab: Benar kata engkau: Demikian pulalah sifatnya hati, sekiranya ia tidak diberikan hikmat dan ilmu pengetahuan selama tiga hari, maka ia akan mati."
Berkata Ibn Mas'ud:
"Hendaklah kamu mencari ilmu pengetahuan sebelum ia terangkat. Dan terangkatnya ilmu pengetahuan itu dengan kematian ahli-ahlinya. Seseorang kamu tiada dilahirkan sebagai orang yang sudah pandai. jadi ilmu pengetahuan itu akan dicapai hanya dengan belajar."

1 comment:

D'Rimba said...

salam tahniah mudahan murah rezeki lagi, teruskan perjuangan pensyarah sekalian kerana sesungguhnya anakbangsa di ambang kekeliruan dan kesamaran. terpesona dengan acuan barat sini sana segala dan sedang mengalami kekeliruan yg maha dahsyat kesan dari penjajahan semua sistem barat hinggakan bahasapun barat syarat untuk maju katanya. tidak sedarkah mereka kesan ceduk begitu sahaja buku2 rujukan barat yg semestinya ditambah nilai2 barat menjauhi nilai kita sendiri yg mengakrabi Islam menuju kesempurnaan. terjemahan ilmu2 yg banyak amat diperlukan dalam pelbagai bidang ke dalam bahasa dengan penerapan nilai2 melayu dan Islam itu sendiri bagi mengangkat martabat Islam dan bangsa tu sendiri seluruhnya. tidakkah kita sedar kesan dan akibatnya makin jelas lagi nyata. teruskan perjuanganmu sekalian pensyarah sebagai pendidik anakbangsa tidak semata mengajar mengikut sukatan pelajaran semata tetapi berjaya menambah nilai Islam dan bangsa itu sendiri dalam setiap hati kami anakbangsa