7/28/09

Hikmah

Menurut Muhammad Abduh, hikmah adalah ilmu yang sah dan dapat dipertanggungjawabkan. Hikmah mempunyai pengaruh yang amat kuat terhadap seseorang terutamanya ketika ingin memilih apa yang mahu dilakukan. Kalau suatu kerja yang baik hasil dari ilmu yang sahih, maka kerja tersebut menjadi amal salih yang memberi faedah dan kebahagiaan.

Berbeza dengan orang yang berkhayal dengan bermacam khayalan. Sebab khayal bukanlah ilmu yang mempunyai pengaruh terhadap kemahuan seseorang. Maka tidak hairan banyak perancangan tidak berjaya untuk dilaksanakan.

2 comments:

Dziauddin said...

Tahniah dah update. Satu soalan untuk anda: Apakah maksud hikmah menurut Islam?

saufi said...

Wallahua'lam, ada pelbagai definisi yang diberikan bergantung kpd konteks ayat al-Quran.