11/27/08

Masjid Madinah


Inilah pemandangan masjid Nabawi Madinah.

Terasa nyaman.

Biarpun baru menatap gambar. Apatah lagi bila berada di sana.

11/20/08

Dasar Utama


Masjid adalah salah satu persoalan yang penting dalam sistem kemasyarakatan Islam.

Maka memperkatakan tentangnya tiada yang terlebih elok melainkan disandarkan kepada dua dasar ini.

Iaitu al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w.

Lebih terjamin kebertanggungjawabannya.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Telah aku tinggalkan kepadamu perkara yang apabila kamu berpegang teguh kepadanya, kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu kitab (al-Quran) dan sunnah rasulNya"

11/19/08

Perubahan


Dunia telah berubah.

Asalnya masjid dipenuhi semua orang. Tidak kira tua dan muda.

Hari ini sekiranya ada seorang pemuda yang tidak sengaja bertandang ke masjid, sungguh-sungguh orang akan memberi perhatian kepadanya.

Entah kenapa.

Mungkin banyak masjid hari ini hanya dimakmurkan oleh kebanyakan orang-orang yang sudah pencen.

11/4/08

Tempat Aktiviti Kehidupan


Masjid bukan hanya tempat bersolat, berzikir dan bertasbih.

Malah lebih daripada itu.

Dalam satu hadis Rasulullah s.a.w. ada bersabda yang bermaksud:

"Telah dijadikan untukku (dan juga umatku) bumi sebagai masjid dan juga kemudahan untuk penyucian diri."

Perkataan bumi dalam maksud hadis di atas menggambarkan masjid sebagai tempat beraktiviti manusia yang bercerminkan ketaatan dan kepatuhan kepada Allah s.w.t

10/31/08

Makna Masjid



Asal perkataan masjid daripada bahasa Arab. Membawa pengertian tempat untuk bersujud.

Satu perkataan yang disebut sebanyak dua puluh lapan kali dalam al-Quran.

Bila sujud, tidak boleh dengan dahi sahaja. Kena letak di lantai bersama dua tapak tangan, dua lutut dan dua kaki.

Sujud membawa arti patuh, tunduk, taat dan hormat kepada Allah s.w.t. Bermaksud masjid sebagai jantung umat Islam untuk melestarikan ketaatan kepada Allah s.w.t. dalam segenap aspek kehidupan. Dalam surah al-Jin ayat 18 Allah berfirman yang bermaksud

"Dan bahawa sesungguhnya masjid-masjid itu untuk (ibadat kepada) Allah semata-mata; maka janganlah kamu seru dan sembah sesiapa pun bersama-sama Allah"